Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Akan Menambah Paparan Iklan Baharu Di App Store Bermula Minggu Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Akan Menambah Paparan Iklan Baharu Di App Store Bermula Minggu Hadapan


Apple pada hari ini, sedia menyertakan paparan iklan bagi mempromosikan aplikasi pada bahagian carian di App Store. Kini, selain daripadanya, Apple akan turut memperluaskan lagi paparan iklan di App Store, pada beberapa bahagian baharu.

Dua bahagian baru yang akan memaparkan iklan adalah pada halaman tab utama, iaitu tab Today. Dengan paparan pada tab Today ini, ia akan memaparkan iklan aplikasi yang dicadangkan dengan saiz lebih besar – dan turut dilabelkan dengan butang biru menandakan ia merupakan salah satu promosi dan bukannya pilihan editor.

Disamping itu, Apple juga akan mula memaparkan iklan pada bahagian cadangan, dimana dilabelkan “You Might Also Like”.

Dengan pengenalan iklan pada kedua-dua bahagian ini, Apple memperluaskan lagi capaian pengiklanan dan kebolehan untuk penerbit serta pembangun aplikasi mempromosikan aplikasi masing-masing.

Apple akan mula memaparkan pengiklanan baharu ini bermula minggu hadapan, di App Store.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.