SKMM Terbuka Untuk Lebih Banyak Syarikat Telekomunikasi Bergabung
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kini mengatakan terbuka untuk lebih banyak syarikat telekomunikasi bergabung di pasaran Malaysia.
Hal ini dikongsikan selari dengan gabungan pihak Digi dan Celcom dalam proses kini, dan dijangka akan selesai sepenuhnya pada 2023 kelak.
SKMM menyatakan mereka tidak menentang kepada proses penyatuan ini, mahupun pengambil-alihan.
Sebelum ini turut terdapat desas-desus mengatakan Maxis dan U Mobile mungkin bekerjasama atau bersatu – tetapi kedua-dua syarikat sedia menidakkan perkara tersebut.
Dengan gabungan Celcom dan Digi, ia mungkin membawa kepada kadar persaingan yang sedikit berkurangan. Tetapi, dengan penawaran infrastruktur oleh DNB, tidak mustahil lebih banyak jenama turut menyertai pasaran tempatan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment