Apple Dilaporkan Menghentikan Pengeluaran iPhone 14 Plus Kerana Kurang Sambutan
iPhone 14 Plus adalah kategori baharu iPhone untuk tahun 2022. Ini adalah pertama kali model “Plus” diperkenalkan sejak iPhone 8 Plus lima tahun lalu. iPhone bersaiz besar ini adalah strategi baharu Apple bagi menarik perhatian orang ramai untuk memiliki iPhone dengan skrin bersaiz besar seakan iPhone 14 Pro Max pada harga lebih rendah.
Apple membuka pra-tempahan iPhone 14 Plus di Malaysia pada 15 September lalu dengan jualan bermula pada 7 Oktober lepas. Kini, Apple dilaporkan telah menghentikan pengeluaran iPhone 14 Plus kerana tidak menerima sambutan yang baik.
Ini sebenarnya bukan satu berita yang mengejutkan, kerana Apple dilaporkan dengan beraninya menempah 90 juta iPhone 14 walaupun pasaran diramalkan akan mengecut. Kemudian selepas sekitar dua minggu pra-tempahan dibuka, Apple mengurangkan pengeluaran iPhone 14 sehingga 6 juta unit.
Sumber menyatakan Apple kurang yakin dengan minat pengguna terhadap iPhone dengan skrin bersaiz besar. Tambahan sumber lagi, dua pembekal Apple yang bertanggungjawab kepada komponen iPhone khusus untuk skrin besar sedang mengurangkan pengeluaran sehingga 70% ke 90%.
Perkara ini turut berlaku pada iPhone 12 Mini dan iPhone 13 Mini, di mana skrin terlampau kecil tidak menerima sambutan yang memberangsangkan. Harga jualan iPhone 14 Plus juga agak tinggi, dengan bermula RM4,699 untuk storan 128GB dan mencapai sehingga RM6,199 untuk 512GB – untuk iPhone yag dijana dengan cip tahun lepas.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment