Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ciri Menyertai Panggilan Melalui Pautan Pada WhatsApp Kini Boleh Digunakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ciri Menyertai Panggilan Melalui Pautan Pada WhatsApp Kini Boleh Digunakan


Bulan lepas, WhatsApp mengumumkan yang mereka mula memperkenalkan kebolehan menjemput rakan-rakan atau yang tersayang menyertai panggilan suara atau video dengan hanya berkongsi pautan.  Dengan ciri ini, sekaligus membolehkan WhatsApp digunakan sebagai alternatif kepada Microsoft Teams atau Google Meet.

Ia juga akan memudahkan pengguna untuk menjemput sesiapa sahaja menyertai panggilan suara atau video, walaupun mereka tiada dalam buku alamat. Semasa ciri ini diumumkan, penggunaannya masih terhad. Kini selepas hampir sebulan, ciri ini mula diedarkan kepada semua orang.

Untuk menggunakan ciri ini, anda hanya perlu tekan Panggilan (Calls), tekan Cipta Pautan Panggilan (Create Call Link), kemudian pilih jenis panggilan sama ada video atau suara dan anda boleh terus kongsi pautan atau salin pautan untuk dihantar ke orang lain.

Dalam ujian saya, ciri ini hanya boleh digunakan untuk pengguna WhatsApp dan peranti yang mengakses pautan ini perlu memasang aplikasi WhatsApp atau mempunyai WhatsApp Web aktif. Berbeza dengan FaceTime yang boleh digunakan oleh sesiapa walaupun tiada peranti Apple.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.