Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple TV 4K Generasi Baharu Diperkenalkan Pada Harga Bermula RM699 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple TV 4K Generasi Baharu Diperkenalkan Pada Harga Bermula RM699


Disamping pengenalan beberapa model baharu iPad, pihak Apple hari ini turut mengemaskini penawaran Apple TV 4K yang menawarkan prestasi lebih berkuasa, dan pada harga lebih kompetitif.

Apple TV 4K kini hadir dengan cip Apple A15 Bionic, membawakan prestasi dan grafik lebih baik – bagi membolehkan anda mengalami pengalaman tontonan dan bermain permainan yang sangat menarik menggunakannya. Apple mengatakan ia menawarkan prestasi lebih 50% berbanding generasi sebelumnya.

Ia turut hadir dengan sokongan WiFi sahaja atau dengan sokongan WiFi + Ethernet.

Melengkapkan ia juga adalah alat kawalan Siri Remote yang memudahkan proses navigasi Apple TV. Apple turut mempromosikan Apple TV sebagai sebuah hab pintar yang berhubung dengan pelbagai peranti pintar lain.

Di Malaysia, model WiFi sahaja disenaraikan pada harga RM699, sementara model Ethernet pula ditawarkan pada harga RM799. Tarikh jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.