Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spesifikasi Samsung Galaxy S23 Tertiris Ke Arena Web - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spesifikasi Samsung Galaxy S23 Tertiris Ke Arena Web


Samsung dijangka memperkenalkan siri Galaxy S23 baharu sekitar bulan Januari 2023. Reka bentuknya turut tertiris sebelum ini menunjukkan peranti mengampil inspirasi rekaan Galaxy S22 Ultra. Khususnya untuk modul kamera di belakang. Kini giliran spesifikasi pula tertiris menerusi perkongsian beberapa sumber.

Peranti ini dikatakan bakal dilengkapi skrin 6.1″ FHD+ SAMOLED dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga dijangka menampilkan saiz bezel yang lebih nipis berbanding pendahulunya. Kemudian, cip Snapdragon 8 Gen 2 digunakan dengan memori 8GB RAM, pilihan storan 128GB/256GB dan bateri 3900mAh yang menyokong sistem pengecasan 25W.

Sekiranya benar, ini sekaligus mengesahkan ura-ura sebelum ini yang mengatakan siri Galaxy S23 tidak akan menggunakan cip Exynos. Dalam masa sama, kapasiti baterinya juga dilihat lebih besar berbanding 3,700mAh pada Galaxy S22.

Seterusnya, konfigurasi kamera utama terdiri dengan 50MP (OIS) + 12MP (ultra-lebar) + 10MP (telefoto), sementara itu kamera swafoto pula sebesar 10MP yang diletakkan di dalam lubang kamera hadapan pada bahagian tengah seperti pendahulunya. Bersama-sama dengannya, peranti ini juga dikhabarkan hadir dengan sistem operasi OneUI 5 berasaskan Android 13.

Buat masa ini, perlu diingatkan maklumat dikongsi masih lagi diperingkat ura-ura. Tapi jika ianya benar, kita boleh menyaksikan siri baharu ini dilengkapi beberapa peningkatan tambahan yang kecil berbanding sebelumnya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.