Bumi Dijangka Membentuk Hanya Satu Benua Bersaiz Mega, Dikenali Amasia
Mengikut kajian para saintis di New Curtin University, ia dijangka Bumi akan membentuk hanya sebuah benua bersaiz mega dalam masa sekitar 300 juta tahun lagi.
Dengan langkah ini, ia dijangka membentuk sebuah benua besar dinamakan Amasia, yang akan mengabungkan benua Amerika dan juga Asia pada hari ini.
Hal ini berlaku kerana pergerakkan pada lapisan Bumi. Mengikut penganalisa, Bumi telah membentuk benua bersaiz mega ini beberapa kali dalam tempoh sepanjang 2 bilion tahun ini, dan kejadian ini dijangka berlaku sekitar 600 tahun sekali.
Mengikut simulasi pergerakkan lapisan Bumi oleh para saintis, ia dijangka dalam tempoh 300 tahun, Lautan Pasifik akan hilang, dan pelbagai benua akan bertemu membentuk benua bersaiz mega, dikenali Amasia.
Ia dikatakan pada hari ini sendiri, benua Australia sedia bergerak ke arah benua Asia pada kadar 7 sentimeter setiap tahun, sementara benua Amerika turut bergerak ke arah lautan Pasifik. Lautan Pasifik juga dikatakan sedang berkurang saiznya beberapa sentimeter setiap tahun.
Selain pergerakkan lapisan ini, para saintis juga turut berminat untuk mengkaji berkenaan dengan bagaimana penyatuan benua ini akan membawa perubahan kepada budaya manusia yang berbeza-beza pada hari ini disebabkan kedudukan benua yang berbeza.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment