Hi! Welcome Back and Stay Tune! Semua 6 Syarikat Telekomunikasi Dilapor Bersetuju Untuk Melanggan 5G Daripada DNB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Semua 6 Syarikat Telekomunikasi Dilapor Bersetuju Untuk Melanggan 5G Daripada DNB


Pada penghujung minggu lepas, Digital Nasional Berhad bersama-sama syarikat telekomunikasi Celcom, Digi dan TM telah mengumumkan akan mendapatkan pegangan, dan pada masa yang sama menyasarkan pengenalan komersil perkhidmatan 5G kepada pelanggan mereka seawal Oktober ini.

Kini, lanjutan daripadanya, pihak TheEdge kini melaporkan kesemua enam telah bersetujut dengan untuk melanggan perkhidmatan 5G daripada DNB. 

DNB Digital Nasional

Ini termasuk Maxis dan juga U Mobile yang tidak mendapatkan sebarang pegangan saham pada DNB, tetapi bersetuju untuk melanggan perkhidmatan 5G daripada DNB.

DNB sedia diberikan kebenaran untuk mengoperasikan perkhidmatan 5G dengan membangunkan infrastruktur di Malaysia – dan pihak syarikat telekomunikasi perlu melanggan daripada DNB untuk penawaran kepada pengguna akhir.

Sebelum ini, ia mengalami kelewatan kerana terdapat beberapa pihak tidak bersetuju dengan kaedah perlaksanaan satu penyedia. Namun, selepas melalui pelbagai fasa, kerajaan turut telah mula menawarkan pegangan pada DNB dalam memberikan lebih keselesaan kepada syarikat telekomunikasi dalam mendapatkan khidmat DNB.

Pada hari ini, DNB telah membangunkan infrastruktur meliputi 33% kawasan berpenduduk di Malaysia. Kini, ramai yang menantikan integrasi bersama syarikat telekomunikasi sebelum pengguna awam dapat menikmati rangkaian berkelajuan tinggi tersebut.

Buat masa ini, hanya YTL sahaja yang menawarkan rangkaian 5G melalui syarikat telekomunikasi YES.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.