Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fossil Gen 6 Mula Menerima Kemaskini Wear OS 3 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fossil Gen 6 Mula Menerima Kemaskini Wear OS 3


Fossil Gen 6 Wellness Edition adalah jam tangan pintar pertama Fossil yang terus hadir dengan Wear OS. Jam ini perlu disambungkan melalui aplikasi Fossil Smartwatches dan Wellness kerana ia tidak lagi menyokong aplikasi Wear OS.

Jam ini mempunyai rekaan dan spesifikasi sama dengan Fossil Gen 6 iaitu dengan tubuh 44mm, skrin 1.28-inci OLED, memori 1GB RAM, storan dalaman 8GB dan dijana cip Snapdragon Wear 4100+. Kini, Fossil Gen 6 mula menerima kemaskini yang dinanti-nantikan iaitu Wear OS 3. Tetapi yang diterima adalah Wear OS 3.2.x, bukannya Wear OS 3.5 seperti Pixel Watch atau Samsung Galaxy Watch5.

Kemaskini ini membawakan Wear OS 3 mirip Pixel Watch, iaitu Wear OS asli tanpa tema berat. Tetapi ia tidak menyokong Google Assistant, Google Fit tidak terbina sekali kerana tidak menyokong Wear Health Services terkini dan Google Maps tidak boleh digunakan jika menggunakan iOS. Bukan itu sahaja, selepas kemaskini jam juga akan diformat seperti baru dibeli dengan pengguna perlu melakukan tetapan semula dan memasang kembali aplikasi.

Kemaskini juga adalah berperingkat dan tidak semua akan dapat menerimanya seperti Skagen Falster Gen 6, Michael Kors Gen 6, dan Razer x Fossil Gen 6. Di Malaysia anda boleh dapatkan Fossil Gen 6 pada harga bermula RM1,349.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.