Hi! Welcome Back and Stay Tune! Had Umur Minima Melakukan TikTok Live Dinaikkan Daripada 16 ke 18 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Had Umur Minima Melakukan TikTok Live Dinaikkan Daripada 16 ke 18 Tahun


Bagi memastikan keselamatan pengguna bawah umur mereka, TikTok menaikkan had umur minima pengguna yang ingin melakukan penstriman langsung daripada 16 ke 18 tahun dengan ia berkuatkuasa bermula 23 November ini.

TikTok

Ini adalah selari dengan polisi syarikat yang hanya membenarkan pengguna berusia 16 tahun ke atas menggunakan ciri Direct Message dan 18 tahun ke atas sahaja boleh menerima hadiah maya serta menjana pendapatan menerusi platform.

Sebuah lagi langkah keselamatan yang akan diperkenalkan ialah pengguna TikTok Live boleh menghalang penonton bawah umur 18 tahun dari mengikuti saluran mereka. Ini mungkin kerana topik perbincangan atau kandungan yang tidak sesuai untuk golongan ini.

Akhir sekali ciri Live kini boleh disertai sehingga lima orang secara serentak bagi pengguna yang ingin melakukan kolaborasi dalam kumpulan yang lebih besar.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.