Google Akan Mengaktifkan Kebolehan Membayar Google Cloud Guna Kriptowang
Google hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan salah satu penyedia bursa dagangan kriptowang popular, iaitu Coinbase.
Melalui kerjasama ini, Coinbase akan menggunakan Google Cloud sebagai penyedia awanan mereka, termasuk menggunakan Google Cloud dalam memproses data rantaian-blok mereka.
Dan sebagai sebahagian daripadanya, Google Cloud juga akan mengaktifkan ciri membayar menggunakan kriptowang untuk beberapa pelanggan terpilih.
Pada masa yang sama, pembangun juga boleh menggunakan kelebihan Google Cloud dan Coinbase dalam membangunkan sebarang aplikasi Web3 mereka.
Dengan langkah ini, kedua-dua pihak juga menyasarkan untuk membolehkan lebih banyak inovasi berlaku pada pembangunan web3.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment