Teknologi Codec Avatars 2.0 Meta Menghasilkan Watak Maya Yang Lebih Realistik
Dengan pengumuman paparan kaki pada avatar di Meta Horizon Worlds bermula tahun hadapan, salah satu isi dengan dunia metamesta akan diselesaikan. Tetapi halang kedua buat platform metamesta ialah kualiti grafik yang berkualiti rendah kerana halangan perkakasan yang digunakan sekarang. Sementara menanti perkakasan yang lebih berkuasa dihasilkan, Meta sudahpun memulakan usaha menghasilkan avatar maya yang kelihatan seperti insan sebenar.
Di Meta Connect 2022, versi terkini Codec Avatar 2.0 telah diperlihatkan dengan wajah Mark Zuckerberg digunakan ketika penyampaian. Avatar 3D ini kelihatan amat realistik kerana mampu memaparkan pergerakan wajah, memek muka, mata dan kepala yang hampir dengan manusia sebenar.
Pada waktu ini Codec Avatar masih sekadar kajian di Reality Labs dan bukannya untuk produk sebenar. Namun begitu ia adalah tingkap ke masa hadapan serta memberikan visi bagaimanakah dunia metamesta Meta berevolusi dalam masa terdekat.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment