Hi! Welcome Back and Stay Tune! Honor 80 Pro+ Mungkin Hadir Dengan Kamera 200MP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Honor 80 Pro+ Mungkin Hadir Dengan Kamera 200MP


Siri Honor 70 telah dilancarkan sebagai sebuah peranti berspesifikasi pertengahan bersama sistem pengimejan yang pelbagai. Melaluinya ia menjadi antara peranti terawal yang dibekalkan dengan sensor Sony IMX800 yang diiklankan mampu menghasilkan gambar yang terang, khususnya pada suasana malam.

Bagi yang menantikan kemas kini untuknya, desas-desus mengenai peranti telah tertiris menerusi perkongsian Digital Chat Station. Kelak dikenali sebagai Honor 80 Pro+, peranti dilaporkan hadir dengan konfigurasi kamera 200MP. Bersama-sama dengannya, peranti juga mungkin mempunyai skrin AMOLED beresolusi 1.5K dengan rekaan melengkung.

Tidak sekadar itu, cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang digabungkan dengan memori 12GB RAM turut digunakan sebagai tunjang utamanya. Kapasiti bateri pula tidak didedahkan tetapi ia didakwa menyokong sistem pengecasan 100W. Sekiranya benar, ini adalah fungsi yang sama digunakan pada Honor 70 Pro dan 70 Pro Plus sebelum ini.

Honor 80 Pro+ dijangka menjadi peranti paling premium, di samping beberapa lagi variasi lain yang turut akan diperkenalkan kelak seperti Honor 80 dan Honor 80 Pro. Tiada maklumat mengenai tarikh pelancaran khusus yang diketahui setakat ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.