Selepas Kejayaan Di Jerman Nokia Kini Menyaman Oppo Di Australia Pula
Nokia berjaya menyaman Oppo di Jerman yang menyebabkan peranti Oppo diharamkan dari dijual di negara tersebut. Ini adalah kerana Oppo didapati bersalah menggunakan teknologi milik Nokia tanpa membayar yuran pelesenan baharu selepas perjanjian asal antara kedua-dua syarikat luput pada tahun 2021.
Dengan kejayaan di Jerman, Nokia kini dilaporkan akan menyaman Oppo di Australia pula atas kesalahan yang sama. Jika didapati bersalah, peranti Oppo mungkin perlu ditarik pula dari pasaran Australia. Selain di Australia, Oppo dipercayai juga akan disaman di beberapa negara Asia lain pula tetapi senarai negara tidak diketahui lagi setakat ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment