MediaTek Dimensity 1080 Dilancarkan Dengan Teknologi 6nm Dan Sokongan Kamera 200MP
MediaTek melancarkan cip Dimensity 1080 pagi ini dengan ia merupakan penambahbaikan untuk cip Dimensity 920. Ia masih lagi dihasilkan dengan teknologi 6nm serta mengekalkan konfigurasi dua teras Cortex-78 tetapi pada kelajuan 2.6GHz dan enam teras Cortex-A55 yang tidak pula didedahkan konfigurasinya. Ini dipadankan pula dengan GPU Arm Mali-G68 GPU.
Cip kini menyokong kamera sehingga 200MP serta membawakan sokongan rangkaian 5G Sub-6Ghz dan WiFi 6. Sistem kecerdasan buatan AI processing unit 3.0 (APU 3.0) turut disertakan sekali pada cip yang akan mula digunakan pada peranti pintar bermula suku keempat 2022.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment