Semua Pengeluar Komputer Peribadi Catat Penurunan Pengeluaran Pada Suku Ke-3, 2022, Kecuali Apple
Pasaran komputer peribadi dilihat mengalami penurunan permintaan dari bulan ke bulan. Terbaru, mengikut data suku ketiga 2022 ini, permintaan dan pasaran komputer peribadi mengucup sebanyak 15% secara keseluruhannya.
Mengikut IDC, pasaran komputer peribadi memperlihatkan HP menurun 28%, Dell menurun 21% dan Lenovo menurun sebanyak 16%.
Apa pun, menariknya, hanya Apple menyaksikan peningkatan, dimana pengeluaran komputer Apple meningkat sebanyak 40%.
Sebelum ini, ia sedia diperkatakan permintaan menurun, disamping pasaran turut terjejas dengan masalah rantaian bekalan.
Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan kedudukan pasaran komputer melalui penyata kewangan suku tahunan yang dijangka diumumkan oleh pelbagai syarikat dalam minggu-minggu atau bulan akan datang.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment