Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Surface Studio 2+ Turut Dilancarkan – Dijana Intel Core i7 Gen-11 Dan GPU NVIDIA GeForce RTX 3060 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Surface Studio 2+ Turut Dilancarkan – Dijana Intel Core i7 Gen-11 Dan GPU NVIDIA GeForce RTX 3060


Microsoft malam tadi telah melancarkan Surface Pro 9 dan Surface Laptop 5. Bersama-sama dengannya, Surface Studio 2+ turut diperkenalkan, sebagai komputer semua dalam satu khusus untuk penggunaan profesional dalam bidang grafik dan rekaan.

Surface Studio 2+ hadir dengan skrin 28-inci PixelSense beresolusi 4500 x 3000 (192 ppi) nisbah paparan 3:2 dan menyokong skrin sesentuh. Skrin turut menyokong paparan Dolby Vision dengan perlindungan Gorilla Glass 3. Skrin komputer ini turut direka agar sedia menyokong Surface Pen dan masih kekal menggunakan engsel Zero Gravity Hinge untuk skrin boleh dilaras mengikut sudut pandangan yang sesuai atau hampir rata di meja untuk tujuan lakaran dan lukisan.

Komputer semua dalam satu ini dijana dengan cip Intel Core i7-11370H, memori 32GB DDR4, storan dalaman 1TB SSD dan dipadankan dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 3060 Laptop 6GB GDDR6. Surface Studio 2+ turut hadir dengan speaker stereo terbina yang ditala Dolby Atmos. Dua mikrofon bertaraf studio turut dibina sekali, agar boleh digunakan bersama kamera 1080p HD untuk panggilan video yang lebih berkualiti.

Komputer ini mempunyai butang fizikal untuk mengawal aras suara dan butang kuasa. Sensor cahaya ambien untuk kecerahan skrin automatik turut terbina, ia menyokong WiFi 6, Bluetooth 5.1, menjalankan Windows 11 Pro dan mempunyai pelbagai perisian Microsoft 365 sedia terpasang.

Surface Studio 2+ hadir dengan 3x USB-C (USB 4.0 dan Thunderbolt 4), 2x USB-A 3.1, 1x port bicu audio 3.5mm, 1x port Gigabit Ethernet. Untuk sekuriti cip TPM 2.0 disertakan dan turut menggunakan Windows Hello iaitu pengecaman wajah untuk nyahkunci dan pelbagai perkara lain lagi.

Surface Studio 2+ ini dijual pada harga $4,499.99 iaitu sekitar RM21,100.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.