Hi! Welcome Back and Stay Tune! Surface Pro 9 Kini Rasmi – Hadir Dengan Pilihan Cip Intel Atau Cip SQ3 5G - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Surface Pro 9 Kini Rasmi – Hadir Dengan Pilihan Cip Intel Atau Cip SQ3 5G


Microsoft hari ini telah memperkenalkan komputer dua-dalam-satu terbaru mereka, iaitu Surface Pro 9.

Surface Pro 9 meneruskan tradisi rekaan peranti berbentuk tablet yang turut boleh berubah menjadi komputer riba dengan menyambungkan papan kekunci padanya. Ia turut hadir dengan kaki yang boleh dilaraskan sesuai dengan penggunaan anda.

Menariknya kali ini, Surface Pro 9 menawarkan pilihan penggunaan cip Intel Core Gen-12, atau turut boleh dipilih dengan pilihan cip Snapdragon yang menawarkan sokongan sambungan 5G.

Microsoft mengatakan kedua-dua pilihan cip menawarkan masa penggunaan sepanjang hari.

Penggunaan cip Intel menawarkan sokongan prestasi berkuasa, termasuk untuk multi-tugasan dan juga sokongan Thunderbolt 4 untuk pemindahan data dengan pantas, disamping turut menyokong eGPU.

Sementara penggunaan cip Micrsofot SQ 3 dengan 5G menawarkan bateri sehingga 19 jam, serta menyertakan keupayaan NPU bersama dengannya.

Buat masa ini, harga jualan kedua-duanya di Malaysia tidak diketahui lagi, dan dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.