Samsung Akan Menyokong Android Seamless Update Bermula Dengan One UI 6
Android Seamless Update membolehkan kemas kini tampalan sekuriti yang penting dipasang pada peranti di latar belakang tanpa peranti melakukan but semula. Ini adalah ciri yang telah dilancarkan sejak 2018 oleh Google tetapi banyak pengeluar masih belum menyokongnya seperti Samsung.
Menurut laporan Android Authority, bermula degan One UI 6 Samsung akhirnya akan menyokong Seamless Update. Ini besar kemungkinan kerana Google akhirnya mewajibkan sokongan Seamless Update pada pengeluar yang ingin terus menggunakan GMS pada Android 13. Berita buruk di sini ialah One UI 5 berasaskan Android 13 yang mula diterima peranti Samsung sekarang belum menyokongnya.
Selain membolehkan kemas kini sekuriti dilakukan tanpa disedari, ia turut boleh diberikan terus oleh Google menerusi Play Store tanpa perlu menjalani pengeluar. Dengan ini era kerentanan sekuriti yang memerlukan masa berbulan lamanya sebelum ditambal akan berakhir pada peranti Android di masa hadapan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment