Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Sasar Menjadi 5 Syarikat Pengeluar Kereta Elektrik Teratas Dunia – Keluarkan 10 Juta Kereta Setahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Sasar Menjadi 5 Syarikat Pengeluar Kereta Elektrik Teratas Dunia – Keluarkan 10 Juta Kereta Setahun


Lei Jun, CEO Xiaomi kini berkongsi beberapa perkembangan dalam industri untuk arena kenderaan elektrik. Mengikut sasaran beliau, dalam tempoh beberapa tahun lagi, apabila arena kenderaan elektrik mencapai kematangannya, sekitar 80% daripada pasaran kereta elektrik dijangka diperoleh oleh 5 jenama teratas dunia.

Sasaran ini dilihat berasaskan bagaimana arena peralatan elektronik seperti telefon pintar hari ini. Majoriti besar pasaran dipegang oleh 5 jenama teratas dunia sahaja – dan bakinya hanya memegang sejumlah kecil pegangan pasaran.

Disebabkan oleh ini juga, Xiaomi menyasarkan untuk menjadi antara lima pengeluar teratas dunia, dan ingin mengeluarkan sekitar 10 juta kereta setiap tahun.

Buat masa ini, Xiaomi telah menyatakan kilang mereka mempunyai kapasiti pengeluaran sekitar 300,000 unit – dan untuk mencapai 10 juta kereta setiap tahun ia masih jauh daripada sasaran. Namun, dengan pelbagai perkembangan teknologi dalam tahun-tahun akan datang, mungkin ia boleh dicapai.

Xiaomi menyasarkan untuk memperkenalkan kereta pertama mereka menjelang 2024 kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.