Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spesifikasi Penuh Solaga Sana Didedahkan – Dijana Snapdragon 8+ Gen 1, Kamera 50MP, UWB Dan Android 13 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spesifikasi Penuh Solaga Sana Didedahkan – Dijana Snapdragon 8+ Gen 1, Kamera 50MP, UWB Dan Android 13


Bulan Jun lalu, peranti OSOM OV1 yang dibangunkan oleh bekas kakitangan Essential iaitu peranti yang sepatutnya memfokuskan kepada privasi dan sekuriti dibatalkan dan diubah kepada Solana Saga. Solana Saga adalah peranti yang memfokuskan kepada kripto.

Peranti ini adalah hasil kerjasama antara OSOM dan syarikat web3 Solana. Kini laman web mereka telah mendedahkan spesifikasi penuh selepas mengacah beberapa butiran mengenainya beberapa bulan lalu.

Solana Saga hadir dengan skrin AMOLED 6.67-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan dengan memori 12GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 512GB yang boleh dikembangkan dengan mikroSD mencapai 512GB. Peranti ini menggunakan konfigurasi dwi-kamera 50MP f/1.8, OIS sudut lebar dan 12MP f/2.2 sudut ultra-lebar serta dengan kamera swafoto 16MP f/2.4.

Peranti ini hadir dengan bateri 4110mAh dengan sokongan pengecasan nirwayar Qi, menyokong perlindungan IP68, hadir dengan pengimbas cap jari fizikal, menyokong 5G, Bluetooth 5.2 dan menyokong UWB. Solana Saga menggunakan panel belakang seramik, kerangka besi dengan aksen titanium.

Solana Saga menjalankan Android 13 dengan sokongan web3 SMS (Solana Mobile Stack), kebolehan mengumpul NFT, Seed Vault (Phantom dan Solflare), Saga Pass, gedung aplikasi dApp Store dan banyak lagi ciri memfokuskan kripto, web3 dan NFT.

Solana Saga akan dijual pada harga $1000 iaitu sekitar RM4,737. Peranti hanya akan dihantar kepada pembeli bermula awal tahun 2023 akan datang. Bagi yang tidak tahu, Solana juga adalah sejenis kriptowang yang kini boleh dijual beli melalui Luno.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.