Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lampiran Emel Outlook Akan Termasuk Dalam Had Saiz Storan Microsoft 365 Bermula Tahun Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lampiran Emel Outlook Akan Termasuk Dalam Had Saiz Storan Microsoft 365 Bermula Tahun Hadapan


Salah satu kelebihan dalam melanggan perkhidmatan produktiviti awanan Microsoft 365 ialah memiliki saiz emel yang tiada had, tidak kira dari segi jumlah emel ataupun saiz lampiran yang dimuatkan pada perkhidmatan tersebut.

Sayangnya nikmat ini akan ditarik-balik oleh Microsoft, dimana mereka baru sahaja mengumumkan bahawa bermula 2 Februari 2023, kesemua fail lampiran emel akan dikira pada had saiz storan langganan Microsoft 365.

Ini bermakna bahawa bergantung kepada berapa banyak emel yang anda simpan melalui Outlook.com, saiz storan yang dilanggan anda mungkin tidak mencukupi untuk menampung kesemua lampiran-lampiran tersebut.

Outlook Android

Walaupun begitu, Microsoft berkata bahawa mereka akan memberi storan 50GB percuma selama setahun bermula tarikh tersebut untuk memudahkan proses mengemaskini akaun emel Outlook.com mereka.

Bercakap mengenai emel, pengguna Outlook.com juga tidak lagi boleh menggunakan alamat emel tersuai melalui platform tersebut bermula 30 November ini. Ini hanya akan memberi kesan kepada pengguna yang baru memautkan alaman emel tersuai selepas tarikh ini, dan tidak akan mengacau pengguna yang sudahpun menggunakan ciri tersebut sebelum tarikh ini.

Walaupun begitu, sekiranya alamat tersebut dinyahpaut, ia tidak boleh dipautkan kembali.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.