Hi! Welcome Back and Stay Tune! TSMC Mahu Membina Rantaian Bekalan Gas Adi Untuk Menyelesaikan Masalah Pengeluaran Cip - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TSMC Mahu Membina Rantaian Bekalan Gas Adi Untuk Menyelesaikan Masalah Pengeluaran Cip


Apabila mengilangkan cip pemprosesan untuk kegunaan pelbagai syarikat teknologi, tiga bahan utama yang penting termasuklah bekalan air, gas adi dan juga wafer semikonduktor.

Jika sebelum ini wafer semikonduktor yang menjadi isu kerana rantaian bekalan pasir dan silika yang tersekat akibat wabak COVID-19, kini gas adi neon pula yang menjadi masalah besar kerana peperangan yang sedang berlaku diantara Rusia dan Ukraine.

TSMC, syarikat pembuat komponen semikonduktor dan cip pemprosesan terbesar di dunia baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka mahu membangunkan rantaian bekalan gas adi mereka sendiri, khususnya gas neon untuk digunakan dalam mengilangkan cip-cip pemprosesan klien-klien mereka.

Untuk ini, mereka telah berbincang dengan sejumlah syarikat pembekal gas untuk melihat samada ia boleh dilakukan di Taiwan ataupun tidak. Gas neon khususnya cukup sukar untuk dihasilkan dalam skala yang besar kerana gas neon merupakan hasil sampingan daripada pembuatan keluli.

TSMC turut mengatakan bahawa pelan untuk membangunkan bekalan rantaian ini akan memakan masa sekitar tiga ke lima tahun kerana kepakaran dan peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan gas adi ini.

Akan tetapi, apabila pelan ini dilengkapkan, TSMC dijangka akan boleh membangunkan pelbagai jenis komponen semikonduktor tanpa perlu risau akan isu bekalan bahan mentah.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.