Hi! Welcome Back and Stay Tune! Netflix Kini Membenarkan Pelanggan Membuang Peranti Lain Yang Log Masuk Akaun Sama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Netflix Kini Membenarkan Pelanggan Membuang Peranti Lain Yang Log Masuk Akaun Sama


Sehingga hari ini, ramai pengguna berkongsi akaun Netflix untuk jimat membayar secara bulanan. Walaupun perkara ini tidak dibenarkan Netflix, sehingga mereka akan memperkenalkan bayaran untuk ciri berkongsi akaun.

Terkini, Netflix telah memperkenalkan ciri Manage Access and Devices. Melalui ciri ini, pemilik akaun boleh membuang peranti lain yang log masuk menggunakan akaun sama. Jika sebelum ini perlu log keluar untuk semua peranti, ciri ini membenarkan pemilik akaun memilih untuk buang peranti yang spesifik. Peranti yang log masuk akan memaparkan profil yang aktif, tarikh terakhir menonton sesuatu dan juga lokasi berserta alamat IP.

Menurut Netflix, ciri ini akan memudahkan lagi mereka yang kerap merantau dan menonton Netflix di hotel kemudian lupa untuk log keluar. Tetapi ia juga sesuai untuk kekasih yang telah putus, membuang peranti yang tidak dikenalpasti kerana maklumat akaun dicuri, atau rakan yang berkongsi akaun tetapi enggan membayar.

Melalui Manage Access and Devices pengguna juga digalakkan menukar kata laluan, tetapi tidak diwajibkan. Untuk mengakses ciri ini, tekan gambar profil pengguna, pilih Akaun dan tekan Urus Akses dan Peranti.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.