Snapdragon 8 Gen 2 Dioptimasi Untuk Sensor 200MP Samsung Dan 1-Inci Sony
Tahun ini melihat Samsung melancarkan sensor kamera ISOCELL HP3 200MP yang terbesar pernah dihasilkan dalam sejarah peranti mudah alih. Dengan sensor ini akan digunakan pada siri Galaxy S23, Qualcomm mengesahkan kedua-dua syarikat telah bekerjasama untuk memastikan sensor ini akan berfungsi dengan Snapdragon 8 Gen 2.
Menerusi kerjasama ini, gambar yang lebih tajam, terang dan jelas dapat diambil menggunakan ISP Spectra pada Snapdragon 8 Gen 2. Ini adalah perlu kerana saiz sensor yang besar semata-mata tidak mencukupi untuk menghasilkan imej yang berkualiti tinggi.
Selain Samsung, Qualcomm turut bekerjasama dengan Sony untuk menyokong sensor IMX 989 QDOL4 1-inci dan IMX 800 QDOL4 1/1.5″. Pada sensor Sony pula, sokongan sistem HDR Sony turut akan diberikan. Menerusi kerjasama dengan dua pengeluar sensor kamera peranti mudah alih terbesar dunia, Qualcomm akan cuba mengekalkan dominasi mereka dalam senarai DXOMark dari sudut prestasi kamera.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment