Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nothing OS 1.1.7 Membolehkan Status Bateri AirPods Pro Dipaparkan Pada Nothing Phone (1) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nothing OS 1.1.7 Membolehkan Status Bateri AirPods Pro Dipaparkan Pada Nothing Phone (1)


Semalam Carl Pei telah mengacah Nothing OS 1.5.0 untuk Nothing Phone yang dibina berasaskan Android 13. Ia adalah versi beta pertama untuk peranti unik dengan panel belakang lutsinar bersama sistem lampu Glyph ini.

Hari ini, kemaskini Nothing OS 1.1.7 diedarkan. Walaupun ia masih berasaskan Android 12, Nothing menawarkan beberapa ciri dan fungsi menarik untuk dinikmati oleh pengguna Phone (1). Paling menarik adalah, pengguna yang menggunakan AirPods Pro pada peranti ini kini boleh melihat status bateri secara terus pada talam notifikasi peranti. Ini adalah antara janji Carl Pei untuk Nothing, iaitu ekosistem terbuka yang adil tanpa mengehadkan penggunaan produk Nothing sahaja.

Berikut adalah senarai log perubahan kemaskini ini;

  • Ciri baharu
    • Kini menyokong paparan status bateri AirPods Pro.
  • Penambahbaikan
    • Kemaskini tampalan sekuriti Oktober/November 2022.
    • Nothing OS semakin lancar dan kurang lengah masa.
    • Kawalan suhu yang lebih baik untuk prestasi yang lebih pantas.
    • Kualiti audio yang lebih baik ketika rakaman video.
    • Status bateri peranti lebih tepat.
  • Pepijat yang dibaiki
    • Masalah notifikasi WhatsApp pada kunci skrin dibaiki.
    • Beberapa pepijat lain sudah diperbaiki.


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.