Video Promosi Rasmi iQOO Neo7 SE Mendedahkan Rekaan Peranti
Bukan satu, tetapi dua peranti pintar terkini iQOO yang bakal diumumkan dalam masa terdekat ini. Salah satu daripadanya adalah iQOO Neo7 SE, yang mana rekaannya telah didedahkan sepenuhnya menerusi video promosi tular.
Ia menunjukkan iQOO Neo7 SE dengan kemasan serba biru pada panel belakang. Tetapi seperti biasa, kita boleh menjangkakan akan terdapatnya beberapa lagi pilihan warna lain yang ditawarkan kelak. Kemudian modul kamera belakang sangat mirip dengan iQOO Neo7 sebelum ini yang turut menggunakan sistem tri-kamera dan LED Flash.
Salah satu daripadanya sensor berbentuk empat segi yang memberi gambaran ia mungkin mempunyai kemampuan zum yang tinggi. Dalam masa sama, kemampuan OIS turut disertakan ekoran terdapatnya penjenamaan OIS padanya. Panel hadapan bagaimanapun masih kekal misteri buat masa ini. Boleh jadi, ianya sejenis berlubang di bahagian tengah seperti beberapa generasi yang sebelumnya.
Maklumat mengenai spesifikasi agak terhad buat masa ini. Bagaimanapun, ia telah disahkan hadir dengan cip MediaTek Dimensity 8200, sekaligus boleh jadi turut tertumpu pada kecekapan tenaga lebih baik. Cip ini belum diumumkan lagi setakat artikel ini ditulis, tetapi dipercayai menggunakan teras 4x Cortex-A78 dan 4x Cortex-A55 yang sama seperti sebelum ini. Cumanya, dalam konfigurasi berbeza pada kelajuan lebih tinggi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment