Twitter Jeda Akan Langganan Twitter Blue Kerana Salah Guna Dan Masalah Menyamar Identiti Lain
Twitter kini menghentikan sementara langganan Twitter Blue, disebabkan oleh masalah dimana ramai yang membelinya, sekaligus menyamar sebagai identiti sesuatu jenama atau syarikat.
Dengan tanda biru disebelah nama, orang ramai lebih mudah terpedaya – sekaligus membuatkan sejumlah pihak menyalah-gunanya, termasuk membuka ruangan kepada masalah menyebar perisian hasad, menyebarkan mesej palsu, dan sebagainya.
Sebelum ini, tanda biru tersebut telah ditawarkan kepada orang ramai di beberapa buah negara pada harga sekitar RM34.90 sebulan – membuatkan ada beberapa pihak bereksperimen dengannya.
Nampaknya Elon Musk mempunyai beberapa masalah perlu diatasi terlebih dahulu sebelum memperkenalkan ciri ini, dan pada masa yang sama perlu mengatasi masalah pengguna menyamar sebagai identiti pihak lain pada platform tersebut.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment