Xiaomi 13 Pro Akan Dilengkapi Kamera Dengan Sensor 1-Inci Sony IMX989
Hanya berbaki kurang dari sehari sebelum berlangsungnya acara pelancaran produk baharu Xiaomi di China. Kini maklumat mengenai konfigurasi kamera utama pada Xiaomi 13 Pro didedahkan dalam kemaskini baharu di Weibo.
Seperti penggunaan nama pro sendiri jelas menunjukkan terdapat hal yang menarik boleh kita harapkan pada telefon pintar itu sendiri. Misalnya seperti, Xiaomi mengesahkan bakal menyertakan sensor kamera bersaiz 1-inci dari Sony yang menggunakan sensor Sony IMX989. Di samping itu, kamera utama ini turut hadir dengan penjenamaan Leica.
Kalau masih ingat, ini adalah konsep yang sama digunakan oleh Xiaomi pada model 12S Ultra sebelum ini. Oleh itu, imej yang berkualiti tinggi dengan penghasilan semula warna seumpama dunia nyata dan kesan hingar yang minima pasti boleh diambil oleh peranti. Lain-lain konfigurasi kamera masih tidak didedahkan setakat ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment