Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Router 10G Adalah Penghala 10 Gigabit Dengan Sambungan WiFi 7 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Router 10G Adalah Penghala 10 Gigabit Dengan Sambungan WiFi 7


Bagi yang tidak tahu, Xiaomi turut popular dengan produk sambungan Internet seperti penghala. Di rumah keluarga, saya menggunakan penghala Redmi yang membenarkan sambungan Maxis Broadband saya menggunakan sambungan WiFi 5. Tetapi Xiaomi turut menawarkan sokongan WiFi 6 ke atas melalui penghala mercu mereka.

1 Disember nanti, Xiaomi Router 10000 atau Xiaomi Router 10G akan dilancarkan. Ia adalah penghala 10 Gigabit pertama mereka dengan sokongan WiFi 7. Ia juga hadir dengan rekaan poligon yang mempunyai lima antena, memaparkan logo Xiaomi Router 10000 di hadapan, menjanjikan sambungan Internet yang lebih pantas, stabil dan lebih banyak saluran.

Ia juga menggunakan modulasi QAM yang lebih efisien dan membolehkan penggunaan multi-sambungan atau sambungan adaptif. Model penghala mercu mereka sebelum ini adalah Xiaomi AX9000 dan ia menggunakan Qualcomm IPQ8072A, memori 1GB of memory dan sambungan mencapai 3.5Gbps. Untuk Xiaomi Router 10G ia dijangka menggunakan cip lebih berkuasa, memori lebih pantas dan sambungan lebih laju. 



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.