Apple A16 Bionic Sepatutnya Menyokong Ray Tracing Tetapi Dibuang Pada Saat Akhir
Cip A16 Bionic tahun in adalah cip paling berkuasa untuk telefon pintar dari segi prestasi CPU. Dalam ujian Geekbench 5, A16 Bionic masih di hadapan Snapdragon 8 Gen 2. Tetapi dari segi prestasi GPU pula, cip Snapdragon 8 Gen 2 masih di hadapan. Peningkatan prestasi GPU A16 Bionic berbanding A15 Bionic adalah sedikit dan ini berlau atas sebab-sebab tertentu menurut laporan The Information.
Ketika dalam fasa rekaan, GPU A16 Bionic menyokong ciri Ray Tracing. Dalam ujian yang dilakukan ia terlalu memakan kuasa yang tinggi sehingga menyebabkan ketahanan bateri iPhone terjejas dengan teruk serta menimbulkan isu pemanasan. Oleh sebab itu di saat akhir kemampuan Ray Tracing dibatalkan pada A16 Bionic.
Cip terkini Qualcomm, MediaTek dan Samsung mula menyokong Ray Tracing tahun ini tetapi masih tiada aplikasi yang menggunakannya. Di acara pelancaran Snapdragon 8 Gen 2, Qualcomm ada menunjukkan beberapa demo dibangunkan oleh mereka dan Oppo. Aplikasi pertama menyokong Ray Tracing pada telefon pintar ialah War Thunder Edge akan dilancarkan tahun hadapan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment