Hi! Welcome Back and Stay Tune! Redmi K60 Bakal Diperkenalkan Minggu Ini – Dijana SD8G2 Dan Memori Sehingga 16GB RAM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Redmi K60 Bakal Diperkenalkan Minggu Ini – Dijana SD8G2 Dan Memori Sehingga 16GB RAM


Xiaomi kini telah mula mengacah kehadiran peranti baharu dibawah siri Redmi K60, dijadualkan pengenalan pada 27 Disember 2022 di China.

Redmi K60 ini dilihat akan menawarkan spesifikasi mercu, berbeza dengan penawaran sejumlah peranti lain dibawah siri Redmi. Berkemungkinan besar juga, siri ini akan eksklusif di China, dan tidak dipasarkan untuk pasaran global.

Mengikut spesifikasi awal yang dikongsikan, telefon pintar ini dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang terbaru, serta dilengkapi memori sehingga 16GB RAM LPDDR5x serta storan UFS 4.0 sehingga 512GB.

Spesifikasi penuh lain, termasuk penggunaan kamera masih menjadi misteri buat masa ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu ini untuk pengenalan rasmi telefon pintar terbaru Redmi ini.

Sumber : Weibo Redmi


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.