Apple Car Ditangguh Ke 2026 Dengan Sistem Swapandu Yang Terhad Di Lebuhraya Sahaja
Apple sedang membangunkan kereta elektrik dengan ciri swapandu mereka sendiri sejak dua tahun lalu di bawah Project Titan. Pada awalnya mereka dilaporkan ingin bekerjasama dengan Hyundai sebelum gergasi automotif Korea ini menarik diri kerana enggan menjadi sekadar pengilang. Sejak itu projek Apple Car dilaporkan bermasalah dengan isu perisian, rekaan akhir, dan sistem swapandu yang ingin digunakan.
Menurut Mark Gurman yang melaporkan di Bloomberg pagi ini, projek Apple car kini ditangguh pula ke 2026 kerana pelbagai cabaran yang dihadapi. Gurman berkata selain ditangguh ke 2026 dari tarikh asal 2024, Apple Car tidak akan mempunyai ciri swapandu sepenuhnya apabila dilancarkan. Sebaliknya ia akan terhad kepada penggunaan di lebuhraya sahaja. Pengguna boleh menonton video dan menikmati permainan video apabila mod swapandu diaktifkan.
Satu lagi perubahan ialah stereng dan pedal kawalan akan disertakan sekali. Sebelum ini muncul laporan semasa Sir Jony Ive masih terlibat dengan Project Titan tidak mahu dua komponen ini disertakan. Seperkara lagi Apple Car akan menggunakan cip Apple Silicon rekaan sendiri untuk mengawal kenderaan tanpa bergantung kepada cip lain seperti NVIDIA Drive Orin.
Terdapat ramalan dari penganalisa Apple Car pertama akan dijual pada harga premium sekitar $100,00 sebuah. Pengeluaran kereta sendiri ialah trend yang dilakukan beberapa pengeluar peranti pintar. Xiaomi dan Sony sudahpun mengumumkan projek mereka sendiri manakala Samsung sekadar memperlihatkan konsep kokpit kenderaan pintar tetapi telah menawarkan cip khusus untuk sistem info hibur kenderaan, bateri kepada Hyundai dan menguji sistem swapandu.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment