Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nigeria Merendah Had Pengeluaran Wang Di ATM Bagi Menggalakkan Penggunaan Sistem Nirtunai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nigeria Merendah Had Pengeluaran Wang Di ATM Bagi Menggalakkan Penggunaan Sistem Nirtunai


Di Malaysia untuk menggalakkan penggunaan pembayaran nirtunai, kerajaan memberikan insentif RM30 ke dalam beberapa edompet popular. Walaupun pada awalnya menjadi bahan jenaka tetapi kini penggunaan pembayaran nirtunai menggunakan aplikasi dan DuitNow adalah amat menyenangkan. Di Negeria tindakan yang diambil oleh bank pusat adalah lebih drastik dan sekiranya dilakukan di Malaysia mungkin boleh menimbulkan kemarahan.

Bank Pusat Nigeria merendah had pengeluaran harian di ATM daripada 150,000 Naira (~RM1482) ke 20,000 Naira (~RM198) pada akaun peribadi. Had pengeluaran mingguan pula ditetapkan ke 100,000 Naira (~RM988) untuk individu dan 500,000 Naira (~RM4941) untuk akaun perniagaan.

Dengan had ini bukan sahaja Nigeria ingin meningkatkan penggunaan nirtunai tetapi juga penggunaan mata wang digital eNaira. Had pengeluaran ATM ini akan berkuatkuasa pada 9 Januari 2023.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.