Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Mengaktifkan Penyulitan Hujung-Ke-Hujung Pada Sandaran iCloud - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Mengaktifkan Penyulitan Hujung-Ke-Hujung Pada Sandaran iCloud


Pengguna ekosistem Apple kini menerima ciri baharu yang akan memastikan keselamatan data yang disandarkan ke storan iCloud. Ciri Advanced Data Protection memberikan sokongan penyulitan hujung-ke-hujung kepada data seperti gambar, nota, sandaran peranti dan banyak lagi.

Selain itu ciri Security Keys juga diumumkan bagi membolehkan pengguna log masuk ke akaun Apple ID mereka menggunakan kunci sekuriti fizikal. Hanya selepas kunci ini digunakan akaun boleh diakses menyukarkan lagi untuk ia digodam berbanding sistem 2FA biasa.

Akhir sekali iMessage Contact Key Verification juga diaktifkan dengan ia mengesahkan insan yang dihubungi menerusi iMessage ialah insan yang sebenar dengan data yang dihantar tidak dipintas. Apabila sebarang pintasan dikesan, peranti akan memberikan notifikasi bahawa ia diakses dari peranti yang tidak dikenali.

Kesemua ciri diperkenalkan oleh Apple hari ini kerana menyedari terdapat pelbagai cara data pengguna boleh diakses, diintip dan digodam oleh pelbagai pihak. Ia menyasarkan golongan wartawan, pejuang hak asasi manusia dan aktivis yang kerap menjadi serangan aplikasi hasad yang digunakan oleh negara-negara tertentu seperti yang berlaku dengan skandal Pegasus.

Pada waktu ini kesemua ciri ini diaktifkan kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu dengan pelancaran di peringkat global akan dilakukan secara berperingkat pada tahun 2023.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.