Hi! Welcome Back and Stay Tune! Komputer Riba Tecno MegaBook S1 Diumumkan Dengan Cip Intel Gen-12 Dan Skrin 120Hz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Komputer Riba Tecno MegaBook S1 Diumumkan Dengan Cip Intel Gen-12 Dan Skrin 120Hz


Tecno telah hadir dengan komputer riba tersendiri pertama menerusi Megabook T1 yang diumumkan sewaktu persidangan IFA 2022, tempoh hari. Kali ini mereka melancarkan sebuah lagi komputer riba yang lebih premium dinamakan sebagai Tecno MegaBook S1.

Ini adalah sebuah komputer riba serba ringan dan nipis dengan ketebalan sekitar 13.5mm serta berat 1.35kg. Skrin pula bersaiz 15.6-inci yang mempunyai resolusi 3.2K dan nisbah aspek 16:9. Paparan pada komputer riba juga dilengkapi dengan sejumlah ciri tambahan lain seperti kadar segar semula 120Hz dan boleh memperlihatkan 100 peratus gamut warna sRGB yang pastinya berguna untuk golongan kreatif profesional.

Selain itu, komputer riba ini juga menggunakan cip Intel Core i7 generasi ke-12 dengan gabungan memori 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB SSD. Kapasiti bateri pula sebesar 70Wh dengan pengecasan 45W yang diiklankan mampu menawarkan ketahanan bateri sehari suntuk dengan sekali pengecasan.

Lain-lain spesifikasi termasuklah enam pembesar suara terbina dengan sokongan DTS:X Ultra. Kemudian terdapat juga dua mikrofon terbina dengan pembatalan hingar berasaskan AI untuk panggilan lebih jelas. Kamera web terbina dengan sokongan AI pintar dan ciri NFC yang membolehkan sambungan pantas dibuat bersama telefon pintar Tecno juga disertakan.

Untuk harga, Tecno MegaBook S1 dijual pada SAR1500 (~RM1753) dengan storan terbina 512GB. Sementara itu varisi lebih besar dengan storan 1TB pula berharga SAR1600 (~RM1870).



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.