Bermula Hari Ini, Pengguna CIMBClicks Akan Lalui Pengesahan Panggilan Suara Untuk Log Masuk Kali Pertama Pada Peranti Baharu
CIMB pada awal bulan ini telah mula memerlukan pengguna melakukan pengesahan menggunakan SecureTAC untuk transaksi melebihi RM100.
Selain perubahan tersebut, CIMB turut kini membawa satu lagi perubahan, iaitu keperluan melakukan pengesahan panggilan suara apabila log masuk ke aplikasi CIMB Clicks atau CIMB OCTO buat pertama kali pada peranti baharu.
Pengesahan panggilan akan dilakukan dalam memastikan log masuk tersebut dilakukan oleh pemilik akaun CIMB tersebut dan bukannya pihak lain.
Untuk prosesnya, selepas log masuk, pengguna akan diperlukan melakukan pangggilan ke khidmat pelanggan CIMB pada talian +603-6204 7788, sekaligus mengesahkan pendaftaran pada peranti baharu mereka.
Disamping itu, pihak perbankan juga akan cuba melakukan panggilan kepada pelanggan dalam tempoh 24 jam sejak akses pertama ke peranti baharu berkenaan. Sekiranya seseorang pengguna itu sukar dicapai dalam tempoh tersebut, pihak CIMB akan nyah-aktifkan akaun CIMB Clicks sebagai langkah berjaga-jaga.
Ciri pengesahan melalui panggilan ini juga dijangka akan terus ditambah-baik pada awal tahun 2023 untuk memastikan keselamatan para pengguna lebih terjamin ketika menggunakan perkhidmatan CIMB.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment