Hi! Welcome Back and Stay Tune! MSI Memperlihatkan Desktop Gaming Padat Berkuasa Terbaru – MEG Trident X2 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MSI Memperlihatkan Desktop Gaming Padat Berkuasa Terbaru – MEG Trident X2


MSI, jenama komputer riba gaming terkemuka baru-baru ini telah memperlihatkan rekaan komputer desktop gaming padat terbaru mereka, iaitu MSI MEG Trident X2 yang dikuasakan oleh komponen-komponen terbaru keluaran Intel dan MSI.

MSI MEG Trident X2 hadir dengan rekaan rangka yang padat, tetapi dikuasakan dengan komponen-komponen yang berkuasa seperti pilihan CPU Intel sehingga Intel Core i9-13900K dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4090 yang disejukkan dengan sistem penyejukan Silent Storm Cooling 3.

Kedudukan papan induk yang terbalik didalam rangka komputer ini membolehkan kad grafik dimuatkan di bahagian atas yang akan menyedut udara sejuk terus ke komponen tersebut, dimana ia kemudiannya akan dialirkan ke bahagian-bahagian lain yang tidak begitu memerlukan udara yang sejuk untuk mengekalkan prestasi optimum.

Menyejukkan komponen CPU dalam komputer ini ialah sebuah radiator cecair bersaiz 280mm yang mana apabila digabungkan dengan sistem penyejukan kad grafik yang dikatakan sebelum ini, membantu dalam pengalihan haba dan peredaran udara yang optimal untuk kesemua komponen-komponen utama didalam komputer MEG Trident X2 ini.

Untuk prestasi yang terhebat, komputer ini juga dimuatkan dengan sokongan untuk storan SSD PCIe 5.0 dan juga memori DDR5 untuk prestasi gaming yang paling berkuasa.

MSI akan memperlihatkan butiran lanjut mengenai komputer ini sewaktu acara CES 2023 kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.