Hi! Welcome Back and Stay Tune! Data 13 Juta Pengguna Astro, Maybank Dan SPR Pula Dijual Secara Terbuka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Data 13 Juta Pengguna Astro, Maybank Dan SPR Pula Dijual Secara Terbuka


Nampaknya kita akan mengakhiri tahun 2022 dengan satu lagi insiden data pengguna Malaysia yang dicuri dan kemudiannya dijual ke pasaran gelap. Kali ini sekitar 13 juta data pengguna yang dikatakan datang dari Astro, Maybank dan SPR telah ditawarkan secara terbuka di sebuah laman yang kerap menjadi tempat jual beli pangkalan data yang digodam.

Dalam sampel yang kami lihat, maklumat yang tertiris ialah nama penuh, nombor MyKad, alamat kediaman penuh dan nombor telefon. Kesemua ini adalah data yang sangat sensitif kerana boleh digunakan untuk penipuan identiti. Insiden ini sudahpun mendapat perhatian daripada Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil pagi ini dengan arahan diberikan kepada CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi supaya tindakan diambil.

Memandangkan ini bukan kali pertama atau kedua atau ketiga jutaan data pengguna Malaysia dijual ke arena web tahun ini, ia membuatkan kepercayaan orang ramai ke atas perkhidmatan atas talian semakin goyah. Data yang dicuri ini kemudiannya akan digunakan untuk melakukan penipuan atas talian seperti wujudnya waran tangkap, tunggakan LHDN dan kononnya ada ahli keluarga kini dalam tahanan.

Sudah tiba masanya kerajaan lebih serius akan masalah yang sudah berlarutan lamanya ini kerana setakat ini impaknya besar kepada pengguna tetapi pihak yang memegang amanah memegang data pengguna setakat ini tidak dikenakan tindakan yang tegas.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.