Hi! Welcome Back and Stay Tune! Satelit SpaceANT-D Buatan Tempatan Berjaya Melepasi Ujian Di Agensi Angkasa Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Satelit SpaceANT-D Buatan Tempatan Berjaya Melepasi Ujian Di Agensi Angkasa Malaysia


Kuasa besar industri aeroangkasa ialah Amerika Syarikat, Rusia, Eropah dan China. Kesemuanya telah menghantar angkasawan serta angkasawati ke angkasa lepas dengan kerap serta mempunyai program stesen angkasa yang mengorbit bumi. Malaysia tidak tergolong dalam kumpulan in tetapi kita mempunyai aspirasi untuk turut terlibat.

Sebelum berlari kita perlu bertatih terlebih dahulu kerana program angkasa lepas tempatan masih lagi di peringkat awal. Terkini SpaceIn, sebuah syarikat aeroangkasa tempatan mengumumkan kejayaan satelit SpaceANT-D mereka melepasi ujian getaran dan persekitaran di fasiliti Assembly, Integrate & Testing (AIT) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

SpaceANT-D ((Space Advance Network Technology) ialah sebuah satelit PocketQube buatan tempatan dengan kerjasama Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM. Ia menjalani ujian dari 18-22 Disember yang lalu. Dengan ia melepasi ujian ini, SpaceANT-D kini bersedia untuk langkah seterusnya iaitu integrasi modul penerbangan.

PockeQube ialah satelit bersaiz 5×5×5 cm yang lebih kecil berbanding CubeSat (10x10x10 cm) seperti UiTMSAT-1 yang dibangunkan oleh UiTM pada tahun 2018.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.