Hi! Welcome Back and Stay Tune! Insiden Ketirisan Data Penumpang AirAsia – Siasatan Awal Kerajaan Mendapati Sistem AirAsia Diserang Ransomware - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Insiden Ketirisan Data Penumpang AirAsia – Siasatan Awal Kerajaan Mendapati Sistem AirAsia Diserang Ransomware


Kementerian Komunikasi dan Digital kini berkongsi dapatan awal berkaitan siasatan melibatkan laporan baru-baru ini, mengatakan terdapat ketirisan data peribadi lima juta penumpang dan kakitangan AirAsia.

Ia dikatakan insiden ini adalah akibat digodam oleh kumpulan penggodam dikenali sebagai Daixin.

Lanjutan daripadanya, pihak kerajaan terdiri daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan CyberSecurity Malaysia telah memulakan siasatan dengan mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan Capital A.

Ia didapati serangan siber ke atas sistem pelayan AirAsia telah berlaku pada 12 November 2022 lepas, berpunca dari akses tanpa kebenaran, mengakibatkan serangan perisian tebusan (ransomware), berpotensi  membawa kepada kebocoran data.

Siasatan lanjutan masih sedang dijalankan, dalam memahami punca pencerobohan dan juga impak keseluruhan insiden yang berlaku.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.