Twitter Akan Melancarkan Kembali Twitter Blue Pada 12 Disember – Lebih Mahal Pada iOS Berbanding Di Web
Twitter kini mengumumkan mereka akan melancarkan kembali langganan Twitter Blue pada hari Isnin ini, iaitu 12 Disember. Melaluinya, pelanggan boleh melanggan pelan bulanan tersebut, dan menerima tanda calit biru bersebelahan dengan nama pengguna mereka.
Disamping tanda calit tersebut, Twitter turut akan memaparkan hanya separuh iklan pada pengguna Twitter Blue, disamping membolehkan pengguna berkongsi video pada durasi lebih lama.
Ia tidak diketahui lagi sama ada ini akan diperkenalkan pada peringkat global atau terhad untuk pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu.
Twitter mengatakan ia akan ditawarkan pada harga $11 sebulan untuk pengguna iPhone, dan $8 untuk pengguna di web.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment