Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kereta Elektrik Pertama Dikuasakan Tenaga Solar, Kini Melalui Fasa Pengeluaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kereta Elektrik Pertama Dikuasakan Tenaga Solar, Kini Melalui Fasa Pengeluaran


Lightyear, syarikat disebalik kereta yang dikuasakan tenaga solar kini mengumumkan fasa pembangunan baharu dalam syarikat mereka, iaitu fasa pengeluaran model kenderaan pertama mereka, Lightyear 0.

Untuk makluman, Lightyear 0 merupakan kereta dikuasakan tenaga elektrik, tetapi turut boleh dicas menggunakan cahaya matahari. Dengan langkah ini, pengguna boleh kekal mengecas kenderaan ketika digunakan pada siang hari.

Ia sekaligus mengatasi masalah keperluan kereta perlu disambung ke palang pengecas setiap hari, dan turut mengatasi masalah kekurangan stesen pengecas di pasaran hari ini.

Malah, pembangunnya juga sebelum ini mengatakan dengan panel pengecas tersebut, ia mampu membekalkan kuasa untuk perjalanan pada jarak sehingga 70 kilometer setiap hari.

Menurut Lightyear, kini mereka berkapasiti dalam mengeluarkan satu kenderaan setiap minggu, dan dijangka meningkatkannya dalam suku pertama 2023 kelak.

Sebelum ini, ia dianggarkan setiap kenderaan mungkin dijual pada harga mencapai $1.16 juta setiap satu.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.