Hi! Welcome Back and Stay Tune! Northrop Grumman B-21 Raider Diperlihatkan – Pesawat Pengebom Generasi-6 Yang Sukar Dikesan Radar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Northrop Grumman B-21 Raider Diperlihatkan – Pesawat Pengebom Generasi-6 Yang Sukar Dikesan Radar


Selepas beberapa bulan mengacah rekaannya kepada umum, Northrop Grumman hari ini memperlihatkan pesawat pertama B-21 Raider yang menjadi pesawat pengebom generasi ke-enam digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF). Seperti Northrop Grumman B-2 Spirit sebelum ini, Raider mempunyai kemampuan sukar dikesan radar kerana keratan rentas yang lebih kecil serta teknologi menyerap gelombang radar yang lebih terkini.

B-21 Raider mengekalkan juga rekaan “sayap terbang” B-2 yang dipelopori oleh Jack Northrop sejak 1928. Sekilas pandang Raider ialah pesawat pengebom yang lebih kecil dengan perubahan paling ketara ialah lubang udara untuk enjin yang lebih kecil dan terbenam lebih dalam pada sayap pesawat.

Tingkap pesawat juga lebih kecil bagi mengurangkan kesan ia membalikkan isyarat radar. Lebih menarik sekali ialah rekaan cermin sisi yang juga tidak konvensional. Pada acara pelancaran pesawat yang diberikan nombor T1 ini, hanya bahagian hadapan diperlihatkan kepada hadirin.

Northrop Grumman tidak memberikan maklumat mengenai kemampuan jarak penerbangan, berat senjata yang boleh dibawa dan kelajuan maksimum pesawat. Pihak Northrop Grumman hanya mengatakan B-21 Raider boleh melakukan misi bagi pihak USAF ke seluruh permukaan dunia apabila diperlukan.

Sejak tamatnya perang dingin, fungsi pesawat pengebom strategik telah banyak berubah. Antara yang boleh dilakukan oleh B-21 Raider ialah kemampuan melakukan pengeboman pada waktu siang hari dengan ia sukar dikesan oleh radar.

Ini adalah sebab mengapa ia menggunakan warna kelabu cair dan bukannya hitam seperti F-117 Nighthawk dan biru gelap seperti B-2 Spirit. Oleh sebab yang sama ia diberikan nama Raiders sempena Doolittle Raiders yang melakukan misi mengebom Tokyo di siang hari ketika Perang Dunia Kedua.

Ia boleh membawa muatan bom konvensional, bom pintar JDAM dan bom nuklear bergantung kepada misi. Selain itu ia boleh melakukan pelbagai lagi misi strategik seperti membantu infantri di lapangan serta pemantauan tanpa dikesan.

T1 akan melakukan ujian pergerakan di darat tahun ini dengan penerbangan pertama disasarkan pada tahun 2023. Sebanyak lima lagi B-21 Raider kini dalam pembinaan untuk melakukan pelbagai lagi misi ujian dengan USAF mempunyai komitmen membeli sekurang-kurangnya 100 pesawat. Apabila memulakan operasi kelak, B-21 Raider dijangka akan berkhidmat sehingga 30 tahun dengan kos keseluruhan program mencecah $240.4 bilion.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.