Hi! Welcome Back and Stay Tune! OPPO Reno8 5G Sunkissed Beige – Warna Menarik, 12GB RAM Hanya Pada RM 2399 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OPPO Reno8 5G Sunkissed Beige – Warna Menarik, 12GB RAM Hanya Pada RM 2399


Setiap insan mempunyai citarasa berbeza. Ada yang mahukan peranti berspesifikasi tinggi, ada juga yang mengutamakan fotografi. Malah ada juga yang mengutamakan RAM berkapasiti tinggi, atau peranti dengan kecantikan warna yang tersendiri. Dan untuk ini OPPO memperkenalkan Reno8 5G mereka yang terkini dengan pilihan warna baharu dikenali sebagai Sunkissed Beige.

Pilihan terbaru ini merupakan pilihan yang lebih menarik dengan RAM yang telah dikemaskini berbanding model dengan pilihan warna Hitam (Shimmer Black) dan Emas (Shimmer Gold) yang hanya mempunyai 8GB RAM. OPPO Reno8 5G Sunkissed Beige ini disertakan RAM 12GB yang lebih besar dan kekal ditawarkan pada harga yang sama.

Dan apabila bercakap mengenai siri Reno, adalah penting untuk turut menyatakan keupayaan kameranya yang menggunakan sensor mercu dari Sony.

Dilengkapi Kamera Swafoto Sony IMX709

Siapa yang tidak kenal dengan keupayaan Sony dalam menyediakan komponen kamera kepada pelbagai pengeluar? Dan OPPO Reno8 5G turut dilengkapi dengan kamera IMX709 hasil kerjasama dengan Sony, menghasilkan kamera dengan sensor RGBW, membolehkan 60% lebih penyerapan cahaya.

Dengan sensor sebegini, pengguna boleh merakam selfie dengan lebih pantas, dan penetapan DOL-HDR Hardware Level turut memberikan Dynamic Range yang lebih luas, membuatkan cahaya dan bayang-bayang (Shadow & Brightness) lebih seimbang, tanpa kecacatan dan membuatkan selfie kelihatan palsu mahupun kusam.

Sistem Tri-Kamera 50MP Sony IMX766 Dengan Kecerdasan Buatan

Tidak cukup dengan kamera selfie yang berkuasa, sistem Tri-Kamera utama OPPO Reno8 5G turut dikuasakan oleh cip pengimejan Sony IMX766 yang turut membawakan ciri-ciri yang sama iaitu DOL-HDR Hardware Level dalam menghasilkan gambar dan ideo yang sangat persis. 

Sistem Tri-Kamera ini terdiri dari kamera utama 50MP Sony IMX766, kamera ultra-lebar 8MP Sony IMX355 dan kamera makro 2MP. Ketiga-tiga kamera ini berkemampuan menghasilkan gambar-gambar yang berkualiti tinggi meskipun dalam keadaan kurang pencahayaan. Ini ditambah lagi dengan algoritma AI HDR dan Turbo RAW yang memberikan gambar potret yang tampak lebih jelas dan semulajadi.

Pengecasan Pantas 80W SuperVOOC – Mengecas 50% Dalam Masa 11 Minit

Melengkapkan keupayaan kamera dan juga kapasiti RAM 12GB yang telah dinaiktaraf pada OPPO Reno8 5G Sunkissed Beige adalah kapasiti bateri 4,500 mAh yang dilengkapi dengan fungsi Battery Health Engine yang mampu memberikan ketahanan pengoperasian lebih lama berbanding biasa. Jangkahayat bateri dapat diperpanjang sehingga 1600 kitaran caj/discaj, membolehkan peranti digunakan sehingga empat tahun lamanya. Ini sekaligus memberikan lebih nilai kepada pengguna dalam memiliki peranti ini.

Tambahan pula dengan pengecasan pantas SuperVOOC 80W, peranti ini dapat dicaj sehingga 50% dalam masa hanya 11 minit, menjimatkan masa pengecasan. Jika pengguna perlu berkejar sana-sini, pengecasan selama 5 minit dapat memberikan penggunaan selama 2 jam walaupun pengguna bermain permua.


Jelas sekali dengan kesemua ciri-ciri ini terutamanya pada RAM yang telah ditambah iaitu 12GB walaupun harga tetap kekal sama RM 2,399, OPPO Reno8 5G Sunkissed Beige merupakan pilihan menarik menjelang tahun 2023. Anda boleh mendapatkan peranti ini secara atas talian mahupun pengedar rasmi OPPO seluruh Malaysia.

Dan untuk masa terhad, sebarang pembelian sehingga 1 Jan 2023 akan turut disertakan dengan pelan perlindungan skrin selama 1 tahun, dan juga jaminan tambahan 1 tahun. Pengguna juga layak untuk pembelian-atas-pembelian bagi membeli OPPO Enco Buds2 pada harga RM 10 apabila membeli OPPO Reno8 5G Sunkissed Beige.

Penafian: Advertorial dari OPPO Malaysia



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.