Hi! Welcome Back and Stay Tune! TikTok Kini Memberikan Sebab Mengapa Video Muncul Di FYP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TikTok Kini Memberikan Sebab Mengapa Video Muncul Di FYP


Algoritma TikTok adalah menarik kerana dapat mengagak minat penonton dengan ketepatan yang tinggi. Ini memberikan persoalan apakah kriteria yang digunakan bagi mengesyorkan video daripada akaun yang tidak diikuti pada laman For You Page (FYP) dalam aplikasi. Kini TikTok dikemaskini dengan ciri melihat maklumat mengapa video dimasukkan ke dalam FYP.

Apabila video ditonton, terdapat pilihan baharu di bawah menu Share. Tekan ikon tanda soal untuk “Why this video” dan maklumat mengapa video disarankan akan dipaparkan. Antara kriteria yang digunakan oleh TikTok ialah berdasarkan sejarah tontonan, interaksi, Like, komen, carian, akaun yang diikuti, kandungan baharu dari rantau yang sama dan kandungan popular dalam rantau yang sama.

Dengan ini video FYP akan nampak lebih telus bagaimana ia boleh disarankan kepada penonton kerana wujud teori konspirasi algoritma TikTok telah dimanipulasi untuk memusnahkan masyarakat. Hakikatnya video yang muncul adalah kerana ia popular dan mendapat perhatian ramai pengguna lain di rantau yang sama.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.