Hi! Welcome Back and Stay Tune! Papan Kekunci Mekanikal Ini Mempunyai Skrin LCD Terbina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Papan Kekunci Mekanikal Ini Mempunyai Skrin LCD Terbina


Pengguna PC gemar menggunakan papan kekunci mekanikal dengan sistem lampu LED yang boleh dikustomasi untuk memaparkan pelbagai warna. Tetapi ia masih lagi terhad kerana penggunaan satu lampu untuk setiap kekunci. Finalmouse Centerpiece merealisasikan impian untuk memaparkan video, GIF dan animasi sepenuhnya pada semua butang kekunci.

Centerpiece dilengkapi sebuah skrin LCD yang diberikan nama Laminated DisplayCircuit Glass Stack (LDGS) di belakang butang kekunci yang lutsinar. Suis yang digunakan pula dibangunkan bersama Gateron. Menurut Finalmouse, sebanyak tiga animasi boleh disimpan dalam memori Centerpiece dengan terdapat butang fizikal khas pada sisi untuk mengubahnya pada bila-bil masa.

Animasi baharu boleh dimuat turun menggunakan akaun Steam dengan sambungan kepada PC dilakukan menggunakan satu kabel USB-C. Terdapat CPU dan GPU terbina dalam Centerpiece supaya ia tidak menggunakan kuasa memproses PC ia disambung. Finalmouse Centerpiece akan dijual bermula awal 2023 pada harga $349 (~RM1547).



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.