Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rolls Royce Melengkapkan Pembinaan Enjin Jet Terbesar Dunia Yang Menggunakan Bahan Api Lestari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rolls Royce Melengkapkan Pembinaan Enjin Jet Terbesar Dunia Yang Menggunakan Bahan Api Lestari


Kapal terbang ialah sistem pengangkutan awam yang paling mencemarkan di dunia. Tapak karbon seorang penumpang untuk satu penerbangan merentas benua adalah lebih besar dengan tapak karbon seorang penduduk dunia ketiga. Pelbagai usaha dilakukan industri aeronautik untuk mengurangkan pencemaran. Rolls Royce sebagai antara pengeluar enjin ternama dunia telah melengkapkan pemasangan enjin jet terbesar pernah dihasilkan.

Enjin Rolls Royce UltraFan mempunyai diameter 3.5 meter yang melangkaui pemegang rekod sebelum ini General Electric GE90. Dengan rekaan baharu, kecekapan enjin UltraFan adalah sehingga 25% berbanding enjin Rolls Royce Trent yang digunakan sekarang. Ini seterusnya mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 10% pada pesawat yang menggunakannya.

Tetapi UltraFan paling unik kerana ia yang pertama direka khusus untuk menggunakan bahan api lestari sepenuhnya. Selagi bahan api yang lebih hijau tidak dibangunkan, penggunaan enjin yang mempunyai kecekapan lebih tinggi serta penggunaan bahan api lestari ialah penyelesaian sementara.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.