Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Ingin Membolehkan Pengguna Bangunkan Aplikasi AR Dengan Hanya Mengarahkan Siri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Ingin Membolehkan Pengguna Bangunkan Aplikasi AR Dengan Hanya Mengarahkan Siri


Apple sedia mempunyai pembantu maya tersendiri pada produk mereka, dinamakan Siri. Melaluinya, sejumlah arahan dan maklumbalas sedia boleh dilakukan, dan kini dengan ekplorasi Apple ke arena realiti-terimbuh, Siri dijangka akan memainkan peranan lebih penting.

Salah satu kaedah yang sedang dilihat oleh Apple adalah membangunkan ciri yang memudahkan orang ramai menghasilkan aplikasi AR mereka tersendiri, dengan hanya melakukan arahan pada Siri.

Aplikasi kandungan AR yang dihasilkan melalui Siri ini seterusnya boleh ditawarkan untuk orang lain muat-turun melalui Apple App Store.

Bantuan penghasilan ini termasuk membolehkan objek atau haiwan maya boleh bergerak secara bebas, termasuk melakukan sejumlah arahan lain dalam menghasilkan aplikasi tersebut.

Sekiranya berjaya, ia akan sekaligus memperbanyakkan penghasilan aplikasi dan kandungan AR pada platform Apple – dan turut menjadi salah satu titik tolak kepada populariti arena realiti-terimbuh.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.