Siri Samsung Galaxy S23 Sah Menggunakan Cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy
Sebelum ini kedengaran ura-ura siri Samsung Galaxy S23 akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 khusus untuk Galaxy. Ini disahkan menerusi imej yang ditiriskan oleh Roland Quandt malam tadi. Berdasarkan laporan sebelum ini, cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy ini akan mempunyai teras Prime yang lebih pantas berbanding Snapdragon 8 Gen 2 biasa.
Snapdragon 8 Gen 2 dilengkapi lapan teras dengan konfigurasi 1+4+3. Satu teras Prime dengan CPU Cortex X3, empat teras dengan CPU Cortex A715 dan tiga teras dengan CPU A510. Spesifikasi rasmi cip khusus ini masih lagi misteri dan hanya akan diketahui selepas siri Galaxy S23 dilancarkan pada awal pagi 2 Februari hadapan.
Adakah cip ini akan lebih berkuasa berbanding ciri biasa? Hanya masa akan menentukan tetapi sekiranya hanya satu teras lebih pantas peningkatan prestasi mungkin tidak begitu tinggi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment